Kurang Pasti?

Soalan Biasa Ditanya

Dapatkan jawapan kepada soalan yang sering ditanya.

Soalan Umum

Siapakah Kami?

Kami merupakan sebuah platform pinjaman dalam talian yang ditubuhkan untuk menawarkan servis pinjaman yang memberi pelbagai alternatif kepada pengguna di Malaysia – cepat, mudah & selamat.

Kami merupakan wakil pemasaran yang sah bagi RCE Marketing Sdn Bhd (subsidari kepada RCE Capital Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia) yang menawarkan kemudahan pembiayaan peribadi kepada kakitangan awam melalui Yayasan Ihsan Rakyat dan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad. Kami juga menawarkan pinjaman peribadi daripada Public Islamic Bank, Co-opbank Pertama, Koperasi KOBETA, Koperasi KOPUTRI, Koperasi UKhwah dan koperasi-koperasi terpilih di Malaysia.

Berapa jumlah yang boleh dipinjam? Bagaimana cara bayar balik pinjaman?

Untuk pinjaman bank dan koperasi kepada penjawat awam, anda boleh meminjam sehingga RM250,000 bergantung kepada pakej pinjaman yang dipilih. Terma pinjaman adalah fleksibel, di antara 1 hingga 10 tahun. Pinjaman anda dibayar balik pada setiap bulan melalui potongan gaji secara automatik yang akan diproses sama ada oleh Jabatan Akauntan Negara atau Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Jumlah maksimum pinjaman anda ditentukan oleh latar belakang peribadi anda, profil kredit, keadaan kewangan semasa dan komitmen yang lain.

Perlu ada bayaran pendahuluan sebelum dapat pinjaman?

Tiada. Kami 100% tidak mengambil atau meminta sebarang wang dari anda bila-bila masa. Kami mendapat pendapatan melalui komisyen dari bank/koperasi apabila permohonan pinjaman anda telah diluluskan dan pembayaran pinjaman telah dibuat.

Adakah saya layak meminjam?

Untuk pinjaman bank dan koperasi kepada penjawat awam, boleh layak meminjam jika anda:

  • Seorang warganegara Malaysia berumur antara 20 hingga 58 tahun
  • Memegang jawatan kekal dan berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan dalam sektor awam
  • Pendapatan kasar minimum sebanyak RM1,500 termasuk elaun tetap

Untuk pinjaman peribadi kepada pekerja swasta, boleh layak meminjam jika anda:

  • Seorang warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 60 tahun
  • Pendapatan kasar minimum sebanyak RM1,000 termasuk elaun tetap
  • Kerja tetap dan telah berkhidmat selama minimum 3 bulan

Anda mesti tidak diisytiharkan muflis dan mampu membayar balik pinjaman

Berapa lama proses permohonan pinjaman?

Ia mengambil hanya beberapa minit untuk mengisi borang dalam talian. Anda akan ketahui serta-merta samada anda layak meminjam dan juga kadar yang ditawarkan. Jika bersetuju dengan apa yang ditawarkan, anda boleh terus melengkapkan proses permohonan yang rasmi.

Setelah menerima dokumen anda yang lengkap (bergantung dengan pakej pinjaman yang dipilih), anda boleh terima wang secepat 2 hari bekerja sehingga 2 minggu.

Apa syarat umum?

Tertakluk kepada terma dan syarat. Kadar keuntungan pembiayaan bermula dari minimum 3.99% p.a. (kadar rata) sehingga maksimum 9.99% p.a. (kadar rata).

Tempoh pembiayaan adalah antara 1 hingga 10 tahun. Sebagai contoh, untuk pembiayaan RM10,000, bertempoh 10 tahun pada kadar keuntungan 3.99% p.a., jumlah bayaran semula pada hujung tempoh adalah RM13,990

Apa syarat RCE Yayasan?

Tempoh 2 hari bekerja dikira bermula dari titik masa RCE menerima kesemua dokumen yang relevan daripada anda sehingga titik masa ketika wang pinjaman dimasukkan ke dalam akaun anda. Tempoh 2 hari bekerja hanya suatu jangkaan dan tidak dijamin, jika semua syarat berikut di penuhi:

  • Semua dokumen yang dihantar adalah lengkap dan memenuhi syarat, tanpa keperluan dokumen tambahan atau susulan berikutan penyerahan pertama;
  • RCE mesti berjaya menghubungi anda dan majikan anda untuk pengesahan yang diperlukan dalam tempoh 24 jam daripada penerimaan dokumen lengkap anda dan pengesahan tersebut mestilah berjaya; dan
  • Akaun bank yang diberikan untuk pendepositan wang pinjaman haruslah akaun bank Maybank.

Dalam semua keadaan yang lain, ia akan mengambil masa 2-5 hari bekerja.

Soalan Berkenaan Koperasi

Apakah itu Pinjaman Koperasi?

Pinjaman Koperasi adalah sejenis pinjaman peribadi yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan (majlis), badan berkanun dan agensi kerajaan terpilih. Lazimnya, pembayaran balik Pinjaman Koperasi dilakukan menerusi potongan gaji atau Biro ANGKASA. Kebanyakan Pinjaman Koperasi yang ditawarkan adalah berkonsep Syariah.

Antara Pinjaman Koperasi di platform kami:

  • Public Bank-MCCM Resources
  • Ambank-MCCM Resources
  • Co-op Bank Pertama
  • Koperasi Ukhwah
  • Yayasan Ihsan Rakyat
  • Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis
  • Koperasi Putri Terbilang (KOPUTRI)
  • Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (KOBETA)
Apakah beza antara pinjaman koperasi dan pinjaman bank komersial?

Jenis Pemohon: Pinjaman Koperasi dikhaskan untuk penjawat awam. Permohonan Pinjaman Bank terbuka kepada pekerja swasta, bekerja sendiri serta pekerja sektor awam.

Tempoh: Tempoh Pinjaman Koperasi lazimnya sehingga 10 tahun. Kebanyakan Pinjaman Bank Komersial menawarkan tempoh 5-7 tahun.

Kriteria Kredit: Kriteria kelulusan Pinjaman Koperasi adalah lebih mudah berbanding Pinjaman Bank disebabkan oleh kaedah bayaran balik menerusi potongan gaji. Peminjam yang ada rekod CCRIS/CTOS negatif, komitmen tinggi atau disenaraikan di bawah ‘Akaun Perhatian Khas’ (SAA) masih ada peluang untuk dapatkan kelulusan Pinjaman Koperasi. Kriteria kelulusan untuk Pinjaman Bank Komersial adalah lebih ketat. Peminjam yang ada rekod CCRIS atau CTOS yang kurang baik (bayaran pinjaman lewat melebihi 3 bulan), komitmen tinggi, atau disenaraikan bawah ‘Akaun Perhatian Khas’ (SAA); kadar kelulusan pinjaman adalah lebih rendah, sekiranya lulus mungkin dengan amaun pinjaman yang lebih rendah atau kadar faedah yang lebih tinggi.

Kaedah Bayaran Balik: Bayaran Pinjaman Koperasi dilakukan potongan gaji peminjam oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Biro ANGKASA) atau Jabatan Akauntan Negara. Bayaran balik Pinjaman Bank Komersial lazimnya dilakukan melalui autodebit atau bayaran ansuran ‘bank-in’ secara manual. Terdapat juga situasi di mana bank komersial menawarkan pilihan potongan gaji.

Kadar Faedah & Jumlah Bersih Bayaran Keluar (Payout): Kadar faedah Pinjaman Koperasi biasanya lebih rendah. Biasanya Pinjaman Koperasi tidak membayar 100% jumlah pinjaman kepada peminjam. Kebanyakan payout Pinjaman Koperasi adalah antara lingkungan 70%–98%. Kadar faedah Pinjaman Bank Komersial biasanya lebih rendah berbanding Pinjaman Koperasi. Biasanya, payout dalam linkungan 70%–90% mengikuti bank tersebut.

Kenapa perlu guna pinjaman koperasi?

Alternatif jika permohonan pinjaman bank komersial tidak diluluskan. Proses kelulusan Pinjaman Koperasi lebih fleksibel. Kebanyakan koperasi menerima permohonan peminjam yang tiada rekod kredit atau ada rekod CCRIS/CTOS negatif (contoh ada senarai Akaun Perhatian Khas (SAA) atau melebihi 3 bulan bayaran lewat) & juga komitmen kewangan tinggi. Namun, Pinjaman Koperasi hanya akan diluluskan jika jumlah potongan di slip gaji tidak melebihi 60% daripada pendapatan kasar peminjam.

Selesaikan bayaran tertunggak & padamkan rekod negatif CCRIS/CTOS. Rekod bayar balik pinjaman yang tidak konsisten (termasuk juga pinjaman di mana anda selaku sebagai penjamin) akan mengakibatkan rekod kredit negatif. Jika ini berlaku, kemungkinan besar pihak bank tidak akan meluluskan pinjaman rumah, kereta atau permohonan kad kredit anda. Mohon Pinjaman Koperasi untuk selesaikan hutang yang tertunggak dan padam rekod negatif CCRIS/CTOS.

Selesaikan hutang yang mahal dengan kadar faedah rendah pinjaman koperasi. Walaupun anda ada sejarah kredit yang baik, Pinjaman Koperasi bermanfaat bantu kurangkan beban kewangan. Jika anda ada baki kad kredit yang berfaedah 15–18% atau pinjaman peribadi dengan faedah tinggi, gunakan Pinjaman Koperasi yang kadar faedahnya lebih rendah sebagai untuk bayar balik hutang yang tinggi tersebut.

Pertanyaan?

Hubungi Kami Terus

Respon pantas.

Pejabat

Suite 602B, Kompleks Diamond,
Bangi Business Park, 43650,
Bandar Baru Bangi, Selangor

info@mypinjam.com.my

Isnin – Jumaat | 10pg – 4ptg

7 + 15 =